Mounjaro (tirzepatide) ialah suntikan sekali seminggu yang diluluskan oleh KKM untuk membantu mereka yang mengalami masalah berat badan. Ia adalah rawatan pertama di dunia yang menggabungkan GLP-1 dan GIP receptor agonist – dua hormon semula jadi dalam badan yang mengawal selera makan, gula darah dan metabolisme lemak.
Dengan pendekatan dua hormon ini, Mounjaro membantu anda berasa kenyang lebih lama, mengurangkan keinginan makanan bergula/tinggi kalori, serta memperbaiki cara badan membakar lemak.
Suntikan Mounjaro diberikan hanya sekali seminggu, menjadikannya lebih mudah berbanding ubat atau suplemen harian.
Membantu mengawal selera makan secara semula jadi.
Mengurangkan keinginan untuk makanan berlemak dan bergula.
Menyokong metabolisme lemak untuk hasil jangka panjang.
Di Cellesis Clinic, setiap rawatan dijalankan di bawah pengawasan doktor bertauliah bagi memastikan keselamatan dan keberkesanan.
Mounjaro adalah ubat inovatif yang direka khas untuk penurunan berat badan dan kawalan gula darah. Tidak seperti ubat diet sementara, Mounjaro bekerja dengan hormon semula jadi badan untuk membantu mengawal lapar, meningkatkan rasa kenyang, dan mengubah cara badan menyimpan serta menggunakan tenaga.
Mounjaro meniru tindakan dua hormon penting: GLP-1 dan GIP. Hormon ini memperlahankan proses penghadaman, mengawal gula dalam darah, dan memberi rasa kenyang lebih lama. Pada masa yang sama, ia mengurangkan keinginan makan berlebihan dan meningkatkan pembakaran lemak.
Hasilnya? Penurunan berat badan yang lebih berkesan berbanding rawatan GLP-1 sahaja, dengan keputusan yang terbukti secara klinikal.
Mounjaro bekerja melalui tindakan dua hormon utama, GLP-1 dan GIP, yang membantu mengawal selera makan, melambatkan penghadaman, dan menstabilkan gula dalam darah. Hasilnya, anda akan rasa kenyang lebih lama, kurang craving, dan badan lebih cekap membakar lemak tersimpan.
Menggabungkan dua hormon semula jadi untuk kawalan selera dan metabolisme yang lebih berkesan.
Membantu anda rasa puas selepas makan, jadi tidak mudah terlebih makan.
Mengurangkan keinginan terhadap makanan tinggi kalori dan bergula.
Meningkatkan keupayaan badan untuk memecah dan menggunakan lemak sebagai tenaga.
Kenaikan berat badan bukan hanya kerana makan lebih – ia dipengaruhi oleh pelbagai faktor
Menurunkan berat badan bukan sekadar makan kurang atau lebih bersenam. Bagi ramai orang, ia adalah cabaran kompleks yang dipengaruhi oleh hormon, craving, dan metabolisme. Antara masalah paling biasa ialah
Berat badan masih naik walaupun dah cuba diet ketat dan senaman.
Craving makanan manis atau tinggi kalori yang sukar dikawal.
Metabolisme perlahan, menyebabkan pembakaran lemak semakin susah bila umur meningkat.
Tekanan emosi dan kurang keyakinan diri akibat percubaan diet yang berulang kali gagal.
Hasil yang tidak menentu atau berisiko daripada diet ekstrem, suplemen, atau produk fad.
Di Cellesis Clinic, kami menyediakan rawatan Mounjaro (tirzepatide) – satu-satunya suntikan sekali seminggu di Malaysia yang menggabungkan GLP-1 dan GIP receptor agonist untuk pengurusan berat badan yang selamat, berkesan dan dipantau oleh doktor.
Kepakaran yang Anda Boleh Percayai Rawatan di Cellesis dikendalikan oleh doktor bertauliah LCP dengan pengalaman bertahun-tahun dalam pengurusan berat badan dan kesihatan metabolik.
Keselamatan Bertaraf Perubatan Mounjaro adalah suntikan yang diluluskan KKM/MOH, hanya diberikan di bawah pengawasan profesional bagi memastikan keselamatan dan keberkesanan.
Pendekatan Menyeluruh Selain suntikan, kami turut memberikan panduan pemakanan, nasihat gaya hidup, dan sokongan berterusan untuk membantu anda mencapai hasil yang berkekalan serta kesihatan keseluruhan yang lebih baik.
Pelan Rawatan Peribadi Setiap program disesuaikan mengikut profil badan, gaya hidup, dan matlamat anda — memastikan perjalanan kurus yang realistik dan berkesan.
Mounjaro meniru hormon semula jadi GLP-1 dan GIP untuk mengawal selera makan, melambatkan penghadaman, dan meningkatkan metabolisme lemak. Ia membantu anda rasa kenyang lebih lama dan kurang craving.
Tidak. Ozempic hanya bertindak pada GLP-1, manakala Mounjaro bertindak pada GLP-1 dan GIP, menjadikannya lebih berkesan untuk penurunan berat badan.
Ya. Mounjaro telah mendapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) untuk rawatan kurus di bawah pengawasan perubatan.
Ya. Kajian klinikal menunjukkan Mounjaro boleh mengurangkan sehingga 40% lemak visceral (lemak perut dalam) selepas 72 minggu rawatan.
Ramai pesakit mula rasa perubahan dalam beberapa minggu pertama, dengan hasil lebih ketara selepas 8–12 minggu.
Mounjaro hanya perlu diambil sekali seminggu melalui suntikan.
Ya, apabila digunakan di bawah pengawasan doktor. Kesan sampingan biasanya ringan, seperti loya pada awal rawatan, dan akan berkurang bila badan menyesuaikan diri.
Mounjaro sesuai untuk orang dewasa yang mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti, terutamanya jika ada masalah kesihatan seperti diabetes, darah tinggi, atau kolesterol tinggi.
Boleh, tetapi hanya dengan nasihat doktor. Ada pesakit yang teruskan rawatan untuk mengekalkan berat badan, manakala yang lain berhenti dengan bimbingan gaya hidup sihat.
Sedia untuk kawal semula berat badan anda? Pakar di Cellesis Clinic akan membimbing anda di setiap langkah perjalanan menuju badan yang lebih sihat dan keyakinan diri yang lebih tinggi. Tempah sesi konsultasi percuma anda hari ini dan mulakan transformasi dengan rawatan Mounjaro di Mont Kiara, Kuala Lumpur.